Video - Polis Botakkan Mak Nyah


ACEH- Transeksual atau di dalam bahasa Inggeris nya "transvestite" atau lebih dikenali dengan sebagai pondan , mak nyah dan bapuk merupakan istilah golongan lelaki yang menyerupai seperti wanita di khalayak ramai. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah".

Rata-rata golongan pondan atau pun mak nyah ini terutamanya yang bekerja di salun rambut akan ditangkap oleh pihak polis di Aceh, kemudian rambut mereka akan dipotong pendek sehingga hampir botak. Mereka juga akan dipaksa untuk berpakaian seperti lelaki.

Pihak polis semalam telah mengadakan serbuan besar-besaran di beberapa salun kecantikan dan turut menahan 12 orang mak nyah yang bekerja di kedai terbabit. Sesetengah penduduk mengadu bahawa golongan ini telah menggoda remaja lelaki yang datang ke salun berkenaan untuk memotong rambut.

Di sebab kan kejadian ini, penduduk yang tidak tahan dengan gangguan tersebut cuba memukul mak nyah terbabit untuk di bawa ke balai polis berhampiran tetapi berjaya dihalang oleh pihak berkuasa.

Golongan ini telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mereka melanggar undang-undang syariah dengan berpakaian seperti wanita serta berperwatakan lembut menyerupai golongan wanita.

Selain itu, pihak polis juga telah memotong rambut mereka yang panjang lalu memaksa mereka memakai baju lelaki serta bercakap menggunakan suara asal.

Jurucakap pihak polis berkata ,golongan pondan semakin bertambah dan pihaknya tidak mahu perkara sebegini terus meningkat angka nya dari semasa ke semasa. Editor: Ila