Video Serbuan Sindiket Judi Atas Talian



SELANGOR - Walaupun sudah banyak operasi dijalankan untuk melumpuhkan sindiket judi atas talian, namun masih ada yang berani beroperasi menjadikan warung kopi sebagai premis.

Warung kopi di Jalan Othman telah diserbu pada malam tadi ketika sedang menjalankan kegiatan perjudian.

Orang ramai membuat aduan dan memberi maklumat, lalu Pasukan Bahagian Perjudian (D7) IPK Selangor diketuai DSP Norhizam Bahaman bersama pegawai dan anggota mengepung premis terbabit.

Tangkapan mudah dibuat kerana mereka sedang leka berjudi online sehingga tidak sedar akan kehadirang orang lain.

Penganjur dipercayai memuat turun judi online di telefon pelanggan dan membeli top up untuk pertaruhan.

Hasil serbuan itu, tiga orang kaki judi telah ditahan dan juga seorang lelaki dipercayai penjaga kegiatan terbabit.

Polis turut merampas tiga telefon bimbit dan sejumlah wang tunai dalam serbuan itu dan tahanan di bawa ke IPD Petaling Jaya untuk tin dakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Sumber:Buletin Tv3 , Editor:Farhana