Video Suami Cemburu Monyet Nakal Pegang Payudara Isteri


Seorang wanita menghadapi saat-saat cemas dan lucu apabila seekor monyet nakal telah meletakkan tangannya di payudara wanita itu sebelum ia bertindak memasukkan tangan ke dalam baju wanita berkenaan.

Kejadian itu berlaku apabila sekumpulan monyet berlari ke arah pelancong yang sedang duduk di atas tanah dan difahamkan kejadian itu berlaku di Sacred Monkey Forest, Bali, Indonesia.

Bagaimana pun, haiwan tersebut dilihat memanjat ke atas bahu wanita tersebut dan bermain-main dengan rambutnya dengan 'mesra'.

Namun, tidak lama kemudian, monyet itu duduk di atas riba wanitanya dan mula menarik leher baju yang dipakai oleh wanita terbabit.

Dalam pada masa yang sama, haiwan itu juga turut menyeluk tangan ke dalam baju untuk memegang payudaranya tetapi wanita itu sedikit pun tidak marah atau menunjukkan rasa takut, malahan dia ketawa apabila perkara itu berlaku.

Suaminya, yang sedang merakamkan gelagat monyet itu dengan isterinya berkata: "Hey! Hey! Itu isteri saya!".

Dia juga sempat menasihati isterinya supaya lebih berhati-hati kerana banyak monyet yang sedang berlari kepadanya.

Selepas monyet tersebut mula menjauhkan diri daripada isterinya, lelaki itu berkata: "Hey kawan, tak mengapa."

Selepas kejadian tersebut berlaku, wanita itu telah memuat naik satu status di laman sosial untuk menceritakan pengalaman yang dihadapinya itu.

"Kebanyakan orang ada pisang atau buah-buahan lain untuk menarik perhatian monyet datang kepada mereka, tetapi saya tak ada apa-apa untuk menarik mereka."

"Mereka hanya semulajadi tertarik kepada saya kerana."

"Monyet itu meraba payudara saya dan cuba menyusu selepas duduk di bahu saya dan bermain dengan rambut saya. Ia sangat lucu," katanya. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira