Video Wanita Bukak Kasut Dalam Bas Dan Hala Ke Pendingin Hawa Tular.


SINGAPURA: Tular baru-baru ini video tentang seorang wanita membuka kasutnya yang menghasil kan bau kurang menyenangkan semua penumpang yang berada didalam bas. Wanita itu kemudiannya mengangkat kasut nya ke saluran penghawa dingin untuk mengeringkan kasut nya yang basah.

Kejadian berlaku pada 9 Januari lalu, di dalam  Bas 857 ketika hujan lebat, menurut laporan stomp.straitstimes.com.

Penumpang yang sempat merakam kejadian itu yang dikenal sebagai Glenna mengatakan ,wanita terbabit duduk bersila di atas kerusi dengan kedua-dua kasutnya dibuka.

Wanita itu kemudian nya mengangkat kasut itu ke saluran penghawa dingin untuk mengeringkannya.

Glenn berkata: “Saya berasa amat jijik kerana pendingin udara kemudian mengeluarkan bau busuk dalam bas.

“Lelaki yang duduk di sebelahnya juga kelihatan tidak selesa dengan tindakan wanita itu.” Editor: Ila