Wanita Ditipu Ejen Coway


Berbagai taktik jurujual zaman sekarang, malahan ada yang sanggup menipu bagi mencapai sasaran jualan masing-masing. Ini yang terjadi kepada salah seorang netizen yang di kenali sebagai Dekmoy Queen yang mendakwa di tipu oleh seorang jurujual Coway yang di kenali sebagai Eimran.

Eimran berkata sekiranya tidak pasti mahu membeli atau tidak, pelanggan tersebut boleh tempah dahulu dan boleh membuat kepastian apabila pihak Coway menghubungi beliau nanti serta boleh membatalkan pembelian.

“Akak just lock order dulu , nanti orang coway akan call 2-3 hari lagi hari bekerja . Nanti masa dia call tu baru akk bagitahu sama ada confirm atau tak . so akak boleh bincang dulu dengan suami” katanya

Kerana tertarik dengan promosi dan janji yang ditawarkan, Dekmoy menyerahkan salinan kad pengenalan dan salinan bahagian hadapan kad bank untuk tempahan awal.

Setelah beberapa hari tidak dapat apa-apa panggilan daripada Coway, Dekmoy memeriksa transaksi kad debitnya dan mendapati duitnya telah ditolak untuk bayaran Coway sebanyak RM125, lalu dia menghubungi pihak Coway dan  mendapat maklum balas daripada pihak Coway mengatakan nama wanita tersebut telah didaftarkan.

Hal ini kerana Ejen tersebut terus menghantar tempahan wanita itu dan membuat kepastian sesuka hatinya terus kepada Ibu Pejabat Coway.

Pelanggan wanita itu meminta orang ramai supaya berhati-hati apabila ada Ejen Coway seperti ini datang menemui kita kerana ada antara mereka yang jujur dan ada yang menipu.

Sumber:Dekmoy Queen , Editor:Farhana