Sabtu, 13 Januari 2018

Wanita Ini Sanggup Kahwin Dengan Lelaki Cacat, Siapa Sangka Lelaki Ini Berdiri Di Hari Perkahwinannya???


Kevin Taylor,seorang lelaki yang sihat dahulunya telah mengalami kemalangan yang menyebabkan kaki kanannya perlu dipotong disebabkan "Reflective Sympathetic Dystrophy (RSD), iaitu satu gangguan langkah yang berkait rapat dengan sistem saraf. Ia nya dicirikan sebagai satu sakit yang kronik.

Hal itu,tidak membuatkan Kevin semakin  putus asa untuk teruskan kehidupannya. Dia sememangnya memiliki sikap yang optimis dalam menghadapi segala masalah dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Disebabkan Kevin seorang yang optimis dan positif ,dia akhirnya telah menemui cinta sejatinya. Pada tahun 2012, Kevin telah berkenalan dengan seorang wanita yang bernama Kim Didway.

 Pada pandangan pertama lagi Kevin telah jatuh cinta kepada wanita itu. Dia merasakan bahawa Kim adalah seorang wanita yang amat menepati cita rasanya.

Begitu juga yang dirasakan oleh Kim. Dia melihat Kevin menolak kerusi rodanya,lalu melemparkan satu senyuman yang manis. "Ini adalah lelaki yang aku tunggu-tunggu,"kata Kim.

Kim tidak melihat sebarang kekurangan terhadap Kevin.Baginya Kevin adalah seorang lelaki normal sama seperti lelaki diluar sana.Kim melihat kebaikan ,ketulusan dan sikap optimis dari Kevin,ini lah yang membuatkan Kim tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi.

Kim dan Kevin mengambil keputusan untuk berkahwin. Kevin telah menggunakan kerusi roda selama 14 tahun.

Semasa hari perkahwinan mereka, Kevin berjalan menuju ke arah bakal isterinya. Alangkah terkejutnya Kim melihat suaminya dapat berdiri semula seperti sediakala,

Kevin telah memberikan hadiah perkahwinan yang takkan Kim dapat lupakan sampai bila-bila.Sebelum hari pernikahan ,Kevin gigih menjalani terapi dan tidak memperdulikan seberapa sakit yang perlu dirasainya, dia terus maju dan tidak akan menyerah kalah.

Tujunya hanya satu, iaitu untuk dapat berdiri semula apabila tiba acara perkahwinannya. Kevin seorang lelaki yang amat sempurna  di mata Kim. 

Hanya semangat dan dia tidak akan menyerah kalah walaupun ada rintangan dan halangan yang akan dilaluinya dalam menjalani kehidupan sehariannya. Sumber: Lookforward via eraformasi .Editor: Ila