Wanita Nekad Bogelkan Diri Selepas Bekas Suami Ungkit Bayar Baju Yang Dipakainya.


CHINA: Seorang wanita di Jiangsu telah menjadi hangat di laman sosial gara-gara satu video yang dimuatnaik di mana wanita tersebut didapati berbogel di sebuah pusat membeli belah berdekatan Wuxi.

Wanita terbabit dikatakan bertindak sedemikian apabila bertembung dengan bekas suaminya di pusat membeli belah terbabit.

Menurut saksi dikenali Shanghaiist, bekas suami wanita berkenaan telah menegur wanita tersebut namun mereka dikatakan mulai bergaduh dan mencetuskan perbalahan di antara mereka.

Lelaki terbabit dikatakan secara tiba-tiba menampar wajah wanita tersebut dan berkata, “Aku yang belikan telefon itu untuk kau!”

Akibat bengang dengan kata-kata dari bekas suaminya, wanita tersebut bertindak mencampak telefon bimbit tersebut ke lantai sebagai cara biadab untuk mengembalikan telefon tersebut kepada lelaki itu.

Bekas suaminya berasa tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit turut menyambung dan berkata, “Baju yang kau pakai itu pun aku yang belikan!”

Sebagai respon kepada kata-kata lelaki itu, wanita terbabit mula menanggalkan pakaian yang dipakainya satu persatu untuk mengembalikan baju tersebut kepada bekas suami.

Tindakan yang mengejutkan itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya menganggap tindakan terbabit tidak betul dan gila.

Aksi wanita terbabit juga turut dirakam dan ia menarik perhatian netizen di China yang menunjukkan imej wanita berkenaan membogelkan dirinya di tengah-tengah pusat membeli belah sambil disaksikan bekas suaminya dan juga orang yang lalu lalang di tempat berkenaan.

Lelaki terbabit dikatakan cuba untuk menahan wanita tersebut dari menanggalkan pakaiannya, namun usahanya gagal.

Dalam video terbabit, kelihatan wanita tersebut sedang menunggu lif dalam keadaan bogel dan perkara itu sangat memeranjatkan ramai pihak.

Beberapa orang wanita lain yang sedar akan keadaan wanita malang itu cepat-cepat melindunginya dari pandangan orang ramai dengan memakaikan jaket ke tubuhnya.

Diharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi. Sumber: Lobak Merah, Editor: Amira