Wisma Sajat Di Serbu Jakim


PETALING JAYA - Pada petang selasa ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bertemu dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Ketika di temu bual oleh mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan  Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof berkata pada jam lebih kurang  3 petang  pihaknya akan ke wisma Nur Sajat di Shah Alam.

"InsyaAllah saya akan berjumpa dengan Sajat pukul 3 petang ini di Wisma Nur Sajat.

"Saya telah berhubung dengan beliau dan inilah waktu yang diberikan kepada kami untuk perjumpaan ini," katanya pada Selasa.

Izwan berkata, kunjungan tersebut turut disertai beberapa pegawai di bahagian sama di Jakim dan berharap pertemuan itu berjalan lancar.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Sajat sedia berjumpa dengan pihak Jakim berhubung isu berkaitan dirinya yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana