5 Gambar Isteri Terkejut Suami Gantung Diri Hingga Mati Di Kebun Getah.


RIAU: Naluri seorang wanita yang bergelar isteri selalunya betul apabila seorang wanita tidak menyangka bahawa dia akan menjumpai mayat suaminya tergantung di sebatang pokok dalam kawasan kebun getah.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada Selasa yang lalu apabila wanita tersebut merasakan sesuatu yang tidak baik akan menimpa dirinya.

Isteri kepada mangsa iaitu Yusral Elhayati bergegas ke kebun getah dan berjaya menemui mayat suaminya tergantung pada sebatang pokok getah kira-kira pada pukul 4 petang di sebuah kebun Desa Alahan, Rokan Hulu, Riau, Indonesia.

Sebelum kejadian itu berlaku, mangsa yang hanya dikenali sebagai Adi Putra, 39, dipercayai dalam keadaan tergesa-gesa keluar daripada rumahnya untuk ke kebun itu di Desa Alahan yang terletak kira-kira satu kilometer daripada rumahnya.

Namun begitu, Yusral mulai berasa pelik dan curiga apabila suaminya itu tidak pulang seperti kebiasaannya lalu dia bertindak mencari mangsa di kawasan kebun tersebut

Bagaimana pun, sebaik sahaja tiba di kebun itu, Yusral sangat terkejut dan meruntun jiwanya apabila menemui mayat Adi, suaminya yang di kasihi tergantung pada pokok getah dalam keadaan yang mengerikan dan mendukacitakan.

Dalam pada masa yang sama, Yusral segera meminta bantuan daripada orang ramai untuk memotong tali pada leher suaminya dan membawa mayat itu pulang ke rumah.

Sejurus sahaja mangsa berjaya diturunkan, mangsa dibawa pulang dan menurut kata daripada beberapa orang ramai, mangsa dikatakan nekad membunuh diri kerana mengalami masalah ekonomi.

Pihak polis bagaimana pun sedang akan berusaha menjalankan siasatan untuk mengumpul bukti kes ini dan yakin kes ini akan dapat di selesaikan dengan kadar segera. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira