Sabtu, 3 Februari 2018

7 Gambar Remaja Lemas Di Sungai Sedim.


KULIM: Nasib malang telah menimpa seorang remaja perempuan apabila dia ditemui lemas selepas mandi di Sungai Sedim, di Lata Bukit Hijau, pagi tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, mangsa iaitu Noor Sofia Mohd Rosli, 18, telah ditemui apabila mayatnya timbul di dasar sungai pada jam 11.30 pagi.

Dalam pada masa yang sama, mangsa dikatakan telah pergi ke Kampung Sedim bersama adik angkatnya iaitu Siti Fairuz Jamaluddin, 15, dan seorang adik lelakinya, 11, dengan menaiki motosikal.

Mereka bertiga ke tempat tersebut untuk bersuka ria dan mandi manda kerana Sungai Sedim itu sentiasa dipenuhi pengunjung.

Siti iaitu adik angkat kepada mangsa memberitahu bahawa sebaik sahaja sampai mangsa terus turun secara berseorangan ke kawasan lubuk terbabit namun secara tiba-tiba dia mendengar jeritan mangsa meminta tolong sebelum lemas

Sejurus mendengar jeritan daripada mangsa, beberapa orang penduduk kampung terus bertindak dan membantu mencari mangsa di sekitar kawasan terbabit.

Tambahnya lagi, beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku, Siti memberitahu bahawa mangsa agak berkelakuan ganjil dan memberitahu bahawa dia seringkali bermimpi arwah ayahnya.

Bagaimana pun, mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan mayatnya juga turut dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat. Sumber: Astro Awani, Editor: Ira







Image may contain: one or more people, people sitting and outdoor