Akibat Ambil Duit Tanpa Izin, Lelaki Ini Nekad Bunuh Kekasihnya


INDONESIA- Dalam masa 24 jam pihak polis Medan Timur,Sumatera Utara telah berjaya membongkar misteri pembunuh yang dipercayai telah menyebabkan kematian seorang nenek tua Tiuria Boru Manurung,64 yang telah di bunuh di dalam rumah nya sendiri.

Pihak polis telah berjaya mengumpul petunjuk dan beberapa orang saksi .Setelah mengkaji bahan bukti tersebut,pihak telah berjaya menemui pembununya iaitu Jonson Sinaga.

Suspek dikatakan sudah tujuh bulan tinggal bersama dengan mangsa tanpa ikatan perkahwinan yang sah.Polis kemudian nya menahan Jonson di Jalan Pemda Medan City.

Hasil dari siasatan pihak nya berjaya merampas sebilah parang dan dua unit telefon bimbit.

Ketika memberikan keterangan kepada pihak polis, Jonson mendakwa bahawa mangsa merupakan kekasihnya dan mangsa kerap mengambil wang daripada dompet nya tanpa izin.

"Di dalam dompet saya ada wang berjumlah Rp 1.3 juta dan dia (Tiuria) mengambil Rp 300 ribu. Dia (Tiuria) selalu mencuri duit saya tanpa izin dan meninggal kan baki.,"jelas Jonson.

Tiuria telah ditemui mati pada hari Ahad lalu di rumahnya yang terletak di Kecamatan Jalan Gaharu, Medan Timur.

Di anggota tubuh mangsa terdapat kesan benda tajam serta berlumuran darah di dalam bilik dan ruang tamu rumahnya.Editor: Ila