Isnin, 26 Februari 2018

Akibat Tidak Puas Hati Gara-gara Permainan PS3, Lelaki Ini Telah Di Bunuh Dengan Kejam


INDONESIA- Unit Penyelidikan Jenayah Polis di daerah Kediri, Jawa Timur akhirnya telah menemui petunjuk bagi satu kes pembunuhan yang amat tragis berlaku di daerah itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Achmat Wahyu Sobirin yang berusia 26 tahun telah dibunuh dengan cukup mengerikan. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan pokok tebu,  di perkampungan Kandat, Kabupaten Kediri.

Selain itu,mayatnya juga didalam keadaan separuh bogel dan anggota badannya dipercayai telah terbakar 30 peratus.Manakala,mukanya juga berlumuran darah akibat daripada pergelutan bersama suspek.

Menurut daripada hasil bedah siasat , mayat mangsa  juga mengalami kecederaan di bahagian dubur, ada kemungkinan mangsa telah menjadi mangsa serangan seksual sebelum mangsa dibakar.

Namun,ketika kes ini di bicarakan,ternyata misteri di sebalik pembunuhan ini telah dapat diteliti dengan cukup mendalam.

Laporan media Indonesia mendapati, Achmat telah dibunuh hanya kerana permainan video Play Station 3 (PS3). Suspek didalam pembunuhan ini merupakan salah seorang daripada pelanggan setia di tempat mangsa bekerja.

Selepas suspek bermain PS3, suspek dikatakan telah meminta Achmat untuk menghantarnya pulang ke rumah dengan menggunakan motosikal milik mangsa dan telah menawarkan 20,000 Rupiah (RM6) sebagai upahnya.

Disebabkan mangsa percaya dengan pujukan suspek, mangsa akhirnya bersetuju untuk menghantar suspek pulang ke rumah.

Semasa didalam perjalanan pulang ke rumah , suspek semamngnya sudah mempunyai niat untuk membunuh mangsa. Suspek telah meminta mangsa untuk memberhentikan motosikalnya di tepi jalan,katanya mahu memgambil duitnya yang tercicir di tengah jalan tadi.

Mangsa yang tidak berfikir panjang telah memberhentikan motosikalnya di tepi jalan dan hanya menurut permintaan suspek sahaja. Selepas itu, mangsa telah dipukul di bahagian kepala bertubi-tubi sehingga mangsa jatuh tersungkur di atas tanah.

Lalu,mangsa telah di seret ke dalam sebuah kebun tebu berdekatan dan ditinggalkan di situ.Suspek turut mengambil duit dan juga telefon bimbit milik mangsa dan meninggalkan lokasi kejadian menggunakan motosikal milik mangsa.

Suspek kemudiannya pergi ke tempat kerja mangsa dan telah mencuri PS3, duit mangsa dalam anggaran 500 ribu Rupiah (RM144) serta buku catatan di tempat mangsa bekerja.

Disebabkan suspek risau pembunuhannya ini akan terbongkar, suspek akhirnya kembali ke lokasi kejadian dan membawa sebotol minyak petrol. Suspek akhirnya membakar mayat mangsa supaya pembunuhannya ini tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa.

Suspek juga turut menggadaikan motosikal milik mangsa dan telah membeli sebuah motosikal yang baru supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan perbuatannya.

Duit lebih daripada hasil gadaian motosikal mangsa yang berjumlah 700 ribu Rupiah (RM 200) telah di serahkan kepada isteri dan ibunya.

Sekiranya suspek didapati bersalah, suspek boleh dipenjarakan 15 tahun. Sumber: Tribunnews.com.Editor: Ila Hakimi.