Bapa Cekik Anak Kerana Tidak Tahan Dengan Masalah Mental Yang Dihidapi Anaknya


Seorang bapa yang bernama Richard Kray, 64, telah membunuh anaknya Olivia, 19 atau dikenali sebagai Livvy kerana anaknya itu mempunyai tekanan yang melampau dan selalu memerlukan bapanya untuk sentiasa bersamanya.


Olivia Kray dicekik mati oleh bapanya (Gambar: Facebook)

Selepas mersasakan tidak mampu menghadapi masalah anaknya itu, Kray telah mencekik anaknya itu.

Richard Kay merasakan tidak sanggup melihat penderitaan anaknya itu yang mempunyai masalah mental lalu membunuh anaknya itu.

Dia mengakui melarikan diri selepas mencekik anaknya itu, tetapi datang semula untuk melakukan perkara yang sama kepada ibu rakan Olivia, Sheila Cowan.

Tetapi Cowan berjaya melarikan diri ke sebuah balai polis di mana Kray mengikutnya dan mengaku kesalahan yang dilakukan itu.


Taman karavan di mana pembunuhan itu berlaku (Gambar: BBC)

Hakim Philip Statman di Mahkamah Maidstone membenarkan Kray dirawat di hospital di bawah Akta Kesihatan Mental sebelum dipindahkan ke penjara.

Pendakwa Simon Taylor memberitahu mahkamah bahawa Kray telah berusaha untuk membantu dan menjaga anak perempuannya.

Doktor berkata kebimbangan yang dihadapi Olivia adalah teruk dan memerlukan ayahnya bersama sekiranya dia mahu keluar rumah.

Pada Mac lalu, Kray memberitahu kepada penjaga Olivia bahawa dia tidak dapat lagi bersama Olivia kerana sakit akibat kerja ditambah lagi dengan keletihan kerana kebergantungan Olivia kepadanya.

Pada April selepas itu, Olivia menghubungi Komuniti Kepercayaan Masyarakat sebanyak sembilan kali dan pihak polis kerana bapanya telah meninggalkannya untuk berehat.

Olivia juga telah membuat lapan panggilan kepada pihak polis dan dua panggilan kepada kepercayaan masyarakat untuk bertanya di mana ayahnya.

“Ia menunjukkan jelas tekanan yang dihadapi oleh Kray.” Kata Taylor


Kray mengaku kepada polisi bahawa dia telah membunuh anak perempuannya dan mencuba membunuh rakannya (Gambar: BBC)

Kelakuan Olivia yang semakin teruk dan keupayaan Kray untuk mengatasi penyakit anaknya semakin berkurang.

Pada Julai lalu, apabila Kray bersama isteri dan anaknya pulang dari kompleks membeli belah Bluewater, Kray yang melihat anaknya berkata “marilah kita mengalami kemalangan kereta, mari kita mati bersama-sama.

Tiga hari kemudian, Kray berkata kepada ibu kawan Olivia, Sheila Cowan, bahawa dia mahu membunuh Olivia dan rakannya.

"Sudah tentu, saya tidak suka, saya sayang dia, dia anak perempuan saya, itu kesalahan saya yang paling teruk kerana mengabaikannya terlalu lama.”

Selepas tiga hari pembunuhan Olivia pada 21 Julai dalam karavan, Kray menyembunyikan diri di Westlands Caravan Park di Herne Bay.

Selepas itu, dia kembali ke rumah Cowan dan cuba untuk mencekik Cowan ketika dia mencari anak perempuan Cowan.

Cowan berjaya melarikan diri ke balai polis dan Kray mengikutinya dan apabila tiba di balai polis, dia berkata kepada polis "Anda boleh menangkap saya, saya telah cuba membunuhnya,”.

“Saya cuba untuk membunuh Sheila Cowan juga, tetapi dia terlalu kuat untuk saya dan saya tidak dapat melakukannya.”

“Saya tidak tahan lagi dengan masalah mental yang dihidapai oleh anak saya.”

“Saya tidak sanggup melihat dia menderita lagi, saya tidak tahu mahu melakukan apa lagi selain membunuhnya."

"Saya mahu mati." katanya

Hakim Statman berkata Kray menguruskan kanak-kanak yang mengalami kesukaran dan bukannya kes di mana Olivia gagal mendapatkan rawatan kerana Kray berminat untuk menjalani terapi.

"Saya tidak mahu ia menganggap perkhidmatan perubatan gagal dalam apa jua cara."

Walaupun Kray menyesal dengan perbuatannya, hukuman tetap dikenakan dan tidak dapat dielakkan.

Hakim mahkamah tersebut berkata akan berfikir dahulu dan mengumumkan hukuman terhadap Kray pada hari Isnin berikutnya. Editor:Farhana