Rabu, 28 Februari 2018

Bapa Mertua Ghairah Cium Menantu Semasa Majlis Perkahwinan.


CHINA: Seorang pengantin perempuan mengalami saat-saat yang memalukan apabila bapa mertuanya bertindak mencium dirinya di dalam satu majlis perkahwinannya sendiri di bandar Yancheng, Wilayah Jiangsu, China.

Akibat daripada perbuatannya bapa mertuanya itu, ahli keluarga bagi kedua-dua belah pihak itu telah bergaduh dan tidak percaya bahawa perkara yang memalukan seperti ini akan berlaku.

Kejadian ini difahamkan telah berlaku di mana bapa mertua terbabit dilihat cuba memeluk menantunya semasa berjalan untuk menuju ke tempat perkahwinan.

Peristiwa itu bagaimana pun telah disaksikan oleh ribuan tetamu yang hadir ke majlis terbabit dan kejadian itu juga turut sempat dirakam oleh tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Berdasarkan rakaman itu, pengantin perempuan tersebut pada mulanya cuba menolak kerana dia berasa tidak selesa dengan tindakan itu namun bapa mertuanya kelihatan gembira sehinggalah dia berhenti di pertengahan dan segera mencium menantunya itu.

Disebabkan perkara itu, hampir kesemua tetamu terkejut dan kelihatan keluarga pengantin perempuan meluru ke arah lelaki terbabit untuk menyerangnya malahan dewan perkahwinan itu juga turut kecoh dengan suara jeritan dan tangisan daripada kedua-dua keluarga.

"Kami tidak sangka ia akan menjadi seteruk ini. Keluarga pengantin lelaki dan perempuan kini berasa sangat janggal setelah insiden itu berlaku.

"Sebenarnya lelaki itu (bapa mertua) minum terlalu banyak dan mabuk sehingga dia bertindak sedemikian.

"Tolong hentikan penyebaran video, kami tidak mahu jadi popular. Cuba bayangkan kalau perkara ini berlaku pada keluarga anda," ujar wakil keluarga itu.

Perkahwinan itu bagaimana pun terpaksa dihentikan dan setakat ini masih tiada tindakan lagi yang  diambil oleh pihak pengantin perempuan. Sumber: Mirror.co.uk, Editor: Iera