Buang Anak Dalam Tong Sampah Selepas Beranak Di Tepi Jalan.


CHINA: Seorang wanita yang telah melahirkan seorang bayi perempuan di tepi jalan terus bertindak diluar jangkaan apabila dia terus membuang bayi berkenaan ke dalam tong sampah.

Bagaimana pun, nasib baik masih lagi menyebelahi bayi perempuan itu telah di selamatkan oleh doktor di klinik berhampiran yang menyaksikan perbuatan wanita terbabit. 

Menurut doktor itu, ibu kepada bayi itu telah melahirkan anaknya di tepi jalan di Guilin sebelum membiarkan bayi berkenaan kesejukan pada 30 Januari lalu.

Sejurus menyedari kejadian itu, doktor tersebut menyelamat bayi itu dan kini dia dirawat di sebuah hospital yang berdekatan.

Manakala ibu kepada bayi itu pula masih lagi dikesan oleh pihak berkuasa tempatan.

Doktor yang menyelamatkan bayi berkenaan yang dikenali sebagai Dr Yang Jin’e berkata pada mulanya dia ternampak seorang wanita sedang mencangkung berhampiran dengan tong sampah.

Menurut Dr. Yang, dia hanya nampak bahagian belakang wanita itu sahaja namun dia dipercayai wanita tersebut berusia dalam lingkungan 30-an.

“Saya fikir saya akan berasa lega tetapi ketika saya mahu buang sampah, saya nampak sesuatu dalam tong,” katanya yang terus memeriksa tong sampah itu dan menemui bayi tersebut yang telah pun bertukar menjadi biru.

Sebaik sahaja bayi itu dijumpai, Dr Yang terus mengambilnya dan memberitahu bahawa bayi itu langsung tidak menangis.

Dia kemudiannya terus membawa masuk bayi itu ke dalam klinik miliknya dan terus membawanya ke hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan demi menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

Tambahnya lagi, pada hari bayi itu ditemui, suhu di sekitar kawasan Gulinin adalah sekitar 2 darjah selsius dan dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan bayi itu daripada dia mati kesejukan. Sumber: Suara.tv, Editor: Amira

A woman in China has reportedly throwing away her baby after going into labour on the street. Yang Jin'e, a doctor from a nearby clinic, witnessed the scenes and saved the child

Dr Yang (pictured) and her colleagues went to check the bin and brought back the baby girl

The newborn has been taken to the hospital and is being looked after by the nurses

Bo'ai Hospital said the child was born prematurely, but checkups showed she was healthy