Derita Anak Jadi Mangsa Dera Bapa.


Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung buat ahli keluarganya dan bertanggungjawab menjaga kebajikan semua ahli keluarga.

Bapa yang baik akan sentiasa menjadi pendamping yang setia dan sentiasa menyayangi keluarganya.

Bukan sahaja bertanggungjawabn mencari rezeki buat keluarga tetapi seorang bapa perlulah menjaga amanah yang diberikan kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Namun, bukan semua manusia bergelar bapa yang mempunyai sikap sedemikian.

Ini kerana ada segelintir bapa yang bersikap kejam dan durjana terhadap ahli keluarganya sehingga sanggup menyeksa kehidupan ahli keluarganya.

Melalui perkongsian di bawah, seorang gadis menceritakan mengenai pengalamnnya menjadi mangsa dera bapa kandungnya yang dianggap kejam.

Luahan hati wanita tersebut dikongsi melalui Istagram milik Fedtri Yahya.

Fedtri dipercayai menerima mesej daripada gadis malang tersebut yang menceritakan mengenai pengalamannya menjadi mangsa dera bapa sendiri sejak daripada kecil hinggalah dewasa.

Pernah bernekad untuk keluar daripada rumah puaka terbabit, niatnya itu dihalang oleh opahnya sendiri semata-mata ingin menyelamatkan nyawa ibu kandungnya sendiri.

Akibat daripada peristiwa hitam tersebut, gadis itu memberitahu bahawa hampir setiap hari dia akan meminta doa supaya bapanya yang kejam itu segera meninggal dunia kerana dengan cara itu sahaja hidup dia akan lebih selamat.

Ikutilah kisah di bawah ini untuk kita ambil sebagai pedoman kepada kita semua.












Diharap, kes penderaan ini tidak lagi menjadi tular bagai cendawan tumbuh selepas hujan kerana sepatutnya seorang bapa perlu menjaga dan menghormati anaknya sendiri.

Pukul bukanlah jalan yang terbaik kerana tindakan itu tidak diajar dalam agama serta perbuatan itu juga akan membuatkan seorang anak tidak menghormati bapanya sendiri dan kemungkinan besar perasaan dendam akan terus bersarang di dalam diri anak tersebut.

Semoga ibu bapa mengambil pendekatan yang lebih baik daripada melakukan perbuatan yang kejam.

Sumber : Fedtri Yahya, Editor: Amira