Sabtu, 3 Februari 2018

Detik Penghijrahan Seorang Maknyah


PETALING JAYA - Dalam kehidupan seorang muslim, terdapat konsep yang dipanggil fitrah, iaitu dilahirkan dalam keadaan suci dan tidak memiliki dosa.

Seorang lelaki yang bernama Harry Zulkifli, 26 pernah hidup dunia maknyah kini telah kembali kepada fitrah.

Ketika berada dalam dunia maknyah, dia selesa dikenali sebagai Yana, namun kini dia mahu disapa dengan sebagai Harry dan mahu melupakan gelaran wanita kepada dirinya buat selama-lamanya.

"Dua tahun saya ambil masa untuk berubah, ini berkat doa keluarga terutama mak dan dorongan kawan-kawan," kongsinya dalam Program Live FB Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf pada Jumaat.

Harry bertekad untuk menjadi lelaki sebenar serta menyatakan kekesalan dengan tingkah lakunya sebelum ini.

"Saya pasak tekad, moga ALLAH SWT kuatkan saya untuk terus menjadi seperti ini dan tidak kembali kepada perbuatan lama saya," katanya.

Menyingkap sejarah hitamnya, Harry berkata dia mempunyai naluri kewanitaan sejak berusia 4 tahun dan perubahannya semakin menjadi-jadi selepas menjalani kehidupan di Kuala Lumpur di mana hidupnya jauh dari keluarga.

"Keluarga saya memang perasan mengenai saya, dulu saya selalu curi-curi pakai celak dan bersolek dan makin melarat tatkala usia menginjak remaja dan mula tersasar jauh setelah hidup bersendirian di Kuala Lumpur ketika itu," katanya.

Ketika di Kuala Lumpur, dia mulai memberanikan diri pergi ke kelab malam dan menghabiskan masa di tempat tidak berfaedah dan jauh tersasar dari fitrah yang sebenar.

"Duit saya sentiasa tidak cukup... hinggalah saya tersedar satu ketika hidup saya semakin jauh daripada keluarga dan agama," katanya sedih.

Pada masa yang sama Harry menceritakan detik penghijrahannya dimana dia mula tertarik dengan akhlak sahabatnya.

"Terdetik untuk saya berubah dua tahun lepas. Saya tertarik dengan akhlak yang elok daripada seorang sahabat, dia bimbing dan tarik saya untuk bertemu dengan orang warak dan alim. Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna