Isnin, 26 Februari 2018

Dikurung Gara-gara Tak Bayar Sewa Rumah


SUBANG JAYA- Disebabkan seorang penyewa rumah tidak dapat membayar sewa rumahnya, dua orang lelaki yang dipercayai berusia 29 dan 44 tahun  bertindak mengurung penyewa rumah terbabit.

Walau bagaimanapun kedua-dua lelaki itu telah pun ditahan oleh pihak polis di Tropicana Metropark, Subang Jaya.

Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari, Ketua Polis Daerah Subang Jaya,berkata pihaknya telah menerima laporan tersebut daripada salah seorang ahli keluarga mangsa yang melaporkan bahawa pintu utama jeriji besi rumah sewa tersebut telah di kunci oleh pemilik rumah tersebut..

Pemilik rumah bertindak sedemikian kerana penyewa tersebut gagal membuat pembayaran sewa bulanan  sebanyak RM 1100.Disebabkan itulah pemilik rumah tersebut telah mengunci pintu jeriji utama rumah tersebut.

Bagai manapun kedua-dua suspek telah diarahkan untuk membuka kembali kunci tersebut.Muhammad Azlin berkata, mangsa yang tinggal bersama keluarganya tidak dapat keluar  daripada rumah itu selama 15 jam kerana terkunci daripada luar rumah.

Namun kedua-dua suspek telah pun ditahan bagi memberikan keterangan tentang kejadian ini.Kes masih lagi disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan. Sumber: Berita Harian. Editor : Ila