Disangka Dapat Ikan Yang Besar, Rupa-Rupanya Motosikal Yamaha R15


JAWA: Seorang pemancing kanak-kanak terkejut besar apabila dia menyangkakan bahawa dia mendapat ikan yang besar tetapi apa yang dipancing itu adalah sebuah motosikal Yamaha R15.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Kampung Ngingas, Jawa Timur apabila berita mengenai hasil tangkapan kanak-kanak terbabit tersebar lalu berita ini telah mengejutkan kesemua penduduk kampung.

Difahamkan, ketika memancing kanak-kanak terbabit dikatakan cuba menarik sedaya upaya jorannya itu dan dia percaya bahawa itu adalah ikan.

Namun, apabila tangkapannya itu ditarik naik ke darat, dia tidak menyangka bahawa dia akan menjumpai sebuah motosikal besar dan ternyata berita itu sangat mengejutkan.

Oleh kerana itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu cuba mengambil gambar dan memuat naik gambar tersebut di laman sosial.

Rata-rata netizen terkejut dengan penemuan terbabit dan hasil daripada maklumat yang diterima, motosikal berkenaan adalah milik seorang lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa minggu yang lalu kerana dibunuh.

Perkara ini di kuatkan lagi selepas penduduk kampung itu gempar apabila penduduk kampung menjumpai mayat seorang lelaki yang tidak dikenali di hujung sungai itu pada dua minggu yang lalu.

Akibat daripada penemuan terbabit, pihak polis Kampung Ngingas mengambil motosikal terbabit untuk dijadikan sebagai bahan bukti bagi membantu siasatan mengenai kes bunuh lelaki terbabit. Sumber: E Berita, Editor: Iera