Dua Beradik Nekad Terjun Dari Tingkat 10 Gara-Gara Blue Whale Challenge


RUSIA: Dua beradik telah mengejutkan keluarga mereka apabila mereka berdua ditemui telah meninggal dunia gara-gara mereka nekad terjun daripada tingkat 10 di sebuah apartment yang menjadi tempat tinggal buat mereka di Izhevsk.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Anastasia Svetozarova, 15, dan adiknya, Maria Vinogradova, 12, dipercayai bertindak sedemikian rupa gara-gara mengalami kemurungan.

Menurut sumber, adik yang juga mangsa aitu Maria dikatakan telah mengalami kemurungan apabila ibunya bertindak membawanya bertemu dengan pakar sakit puan selepas ibunya itu membongkar rahsia hubungannya dengan seorang lelaki berumur 12 tahun.

Dalam pada masa yang sama, kakaknya pula turut mengalami tekanan perasaan selain kemurungan setelah sekian lama menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Sebelum kejadian ini berlaku, kedua-dua beradik itu dikatakan sempat meninggalkan pesanan di dan turut merakamkan video saat-saat terakhir mereka sebelum bertindak terjun daripada bangunan terbabit.

Namun, pihak polis tempatan menyifatkan kejadian ini sebagai salah satu tindakan yang berkaitan dengan 'Blue Whale Challenge' di mana permainan ini akan mencabar mangsa untuk bertindak sedemikian disertakan dengan beberapa tugasan khas dan difahamkan permainan ini mensasarkan golongan remaja.

Justeru, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan yang lebih lanjut di mana mereka akan meneliti telefon bimbit serta komputer milik kedua-dua mangsa untuk mencari segala bukti yang berkaitan. Sumber: Astro Awani, Editor: Iera