Fasha Sandha Perli Seseorang?


Pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha binti Hassan atau nama popularnya Fasha Sandha sememangnya tidak mempunyai pengawal peribadi. Beliau lebih gemar untuk berjalan bersama anak-anak kesayangannya tanpa memerlukan 'body guard' di sisinya.

Bagi beliau Allah adalah sebaik-baik perlindung.Pelakon jelita ini cukup terkenal dengan sikapnya yang tegas semasa berlakon. Jarang sekali kita mendengar gosip hangat tentang pelakon ini yang melibatkan dirinya.

Jika beliau mahu mengupah pengawal peribadi sudah tentu mampu namun beliau lebih selesa untuk berjalan bersama anak-anak sahaja tanpa gangguan daripada orang luar.

Namanya didalam industri tanah air sudah pun terkenal,namun beliau masih mengamalkan hidup sama seperti orang biasa. Kita sendiri tahu bahawa beliau cukup mampu untuk mengupah pengawal beribadi sendiri.

Tulisnya menerusi laman Instagram "Ramai kata, sempoi je kan u Fasha, tak perlu bodyguards. Perlu ke bodyguards? Ni tentera kecik ni dah cukup utk jadi bodyguards ibu.
Allah Ada, ALLAH is THE BEST PROTECTOR .Teruskan berjalan, jangan takut, selagi kita baik dengan orang, insyaallah, kita akan jalan dengan selamat," tulis beliau dilaman Instagram.

Perkongsian di Instagramnya itu telah mendapat sebanyak  45,621 'likes' .Namun ada juga segelintir netizen yang menyatkan bahawa Fasha tidak puas hati dengan seseorang dan hanya mahu memerli oranag itu sahaja.

Ada diantaranya yang menyatakan " Kenapa ya asal caption Fasha ada je nak puji diri sendiri. Siapa setuju?Ada yang perasan tak? Fasha oh Fasha sedar lah,"tulis salah seorang daripada pengguana laman Instagram.

"Selama ni tak ada pula nak buat caption macam tu.Sejak viral video seseorang tu diikut oleh BG Tiba-tiba buat caption macam ni. Nampak sangat tak boleh move on". Sumber : Instagram: fashasandha. Editor: Ila Hakimi.