Fathia Latiff Bengang Apabila Kenyataannya Disalah Erti.


Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa pelakon Fathia Latiff sangatlah aktif meluahkan pendapatnya menerusi laman sosial Twitter dan sentiasa terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Kebanyakan apa yang dilakukan oleh Fathia pasti akan ,mendapat perhatian dan kecaman daripada netizen. 

Baru-baru ini, Fathia telah memuat naik satu status di mana dia turut memberikan maklum balas mengenai satu artikel di mana seorang perogol akhirnya ke tali gantung selepas suspek merogol dan menyembelih mangsanya.



Walaubagaimanapun, kenyataan daripada Fathia itu telah disalah erti oleh sesetengah pihak termasuklah satu blog hiburan yang terkenal iaitu Rotikaya.

Akibat daripada tersebarnya kenyataan Fathia tersebut, ia telah mengundang banyak ancaman dan cemuhan daripada netizen yang berasa pelik dan marah dengan kenyataan tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Fathia dikatakan tidak bermaksud untuk memberikan semua perogol peluang kedua tetapi dia pada mulanya hanya mahu merujuk kepada artikel yang di kongsikan itu sahaja.


Merasa terkilan dan kecewa dengan kenyataannya yang telah diputar belit, Fathia sekali lagi mengundang kontroversi apabila dia memuat naik satu video menerusi Instagram Livenya.

Dalam siaran langsung tersebut, dia turut mengecam tindakan pihak Rotikaya dan juga tidak dapat menahan air matanya untuk meluahkan perasaan yang dialami oleh dirinya.




"Diorang tak boleh suka-suka hati tukar statement orang dan letak inverted commas. Inverted commas digunakan kalau exactly ayat itu sama. Jika sebaliknya, ia akan membawa maksud yang berlainan.Why do you guys hate me so much? Ada Fathia kacau ke?"

Namun begitu, bukan semua netizen yang menghentam Fathia tetapi ada sebahagian daripada mereka yang memahami maksud di sebalik kenyataannya itu dan berharap agar pelakon itu terus bersabar.

Jika difahamkan betul-betul, Fathia membuat kenyataan dengan bermaksud untuk mengurangkan sedikit hukuman kepada pesalah yang merogol. 

Mungkin dengan cara itu mereka akan insaf dan bertaubat. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pemikiran dan pendapat yang berbeza. Apa-apa pun, kami harap Fathia terus bersabar. Sumber: Beautifulnara, Editor: Amira