Ahad, 25 Februari 2018

Fathia Latiff Mahu Dekatkan Diri Dengan Agama Dan Bantu Mereka Yang Mempunyai Masalah


Fathia Latiff, 30, antara selebriti yang sering menghadapai kontroversi sehingga dirinya menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Banyak perkara yang dilakukannya sehingga menimbulkan ketidak senangan di kalangan netizen seperti kelantangannya di laman Twitter, isu menari di Bigo Live dan juga pernah digugurkan kerana didakwa tidak berdisiplin.

Fathia mengakui pernah berasa putus asa dengan apa yang berlaku, namun cuba bangkit semula dan beliau berkata mahu membantu mereka di luar sana yang mempunyai masalah berat sehingga merasa putus asa.

Katanya, selepas apa yang dilaluinya satu persatu dia yakin ramai lagi mereka di luar sana yang melalui saat sukar menjalani kehidupan dan dia terpanggil untuk memberi bantuan setakat yang dia mampu.

Tambahnya lagi, segala kontroversi yang berlaku tidak membuatkan dirinya lemah malah menyedarkan dirinya untuk lebih mengenali agama dengan dekat.

Fathia mengakui dahulu dia terlalu sibuk dengan lakonan dan tidak cukup memahami agama.

Sekarang sudah tiba masanya untuk dia mendekatkan diri dengan Allah serta memahami agama dengan lebih mendalam dan katanya hubungan dengan keluarga juga semakin rapat.

Semoga Fathia terus istiqamah dengan apa yang mahu dilakukan dan berjaya dalam kehidupan. Editor:Anna