Gara-Gara Video Panas, Iqram Dan Liana Dikecam Netizen.


Sudah pasti ramai yang mengenali Liana Rosli atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM serta pelakon Iqram Dinzly kerana kedua-duanya dipercayai mempunyai minat yang sama dengan memuat naik aksi yang panas di laman sosial.

Gara-gara sebuah rakaman video di laman sosial Instagram milik Liana, pelakon dan pengasas produk kecantikan terbabit telah menerima kecaman yang hebat daripada netizen.

Menerusi rakaman video berdurasi 60 saat yang di muat naik wanita tersebut, Iqram dan Liana dilihat sedang asyik menari sambil menikmati ais krim dengan aksi yang agak menggiurkan dan dianggap lucah oleh netizen.

Menurut sumber, video tersebut dipercayai telah dirakam ketika mereka berdua menjadi tetamu dan mengunjungi majlis malam berinai pelakon Betty Rahmad di Kuala Lumpur

Susulan daripada tersebarnya video tersebut, rata-rata pengguna di laman sosial berkenaan terkejut dengan tindakan mereka berdua dan ada juga dalam kalangan mereka meminta agar mereka berdua segera kembali ke pangkal jalan.

"Bawa mengucaplah kakak, semoga diberi hidayah oleh Allah Swt," tulis Marzizawanie dan Auni_Syahadib.

"Ingat Allah sis, kita hanyalah hamba yang lemah, bila-bila masa dia boleh tarik nyawa dan nikmat, di dunia hanya sementara. Akhirat kekal abadi," kata Mimieyy.

Walaupun mendapat kecaman, namun ada juga segelintir pengguna laman sosial yang terhibur dengan aksi yang dianggap 'panas' yang ditunjukkan oleh Iqram bersama anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga menganggap rakaman tersebut hanyalah sekadar gurauan yang sudah menjadi kebiasaan mereka untuk menghiburkan pengikut di laman sosial.

"Macam-macamlah, sampai tersedak Iqram. Adoi, kelakar betul Kak KM ni," kata Aleyalishadanish.

"Puas gelak. Dua-dua orang ni lucu, jangan stress-stress okay. Kita enjoy saja," kata Mhdzailan.

Sebelum ini, kehidupan Iqram Dinzly juga turut terpalit kontroversi apabila dia tampil melakukan aksi yang pelik dan seakan-akan lucah di laman sosial peribadinya dan perkara itu terus hangat diperkatakan netizen.

Malah, perlakuan peliknya itu juga turut mencuri tumpuan beberapa tokoh agama dan pakar perubatan yang berhasrat mahu membantu aktor berusia 36 tahun itu. Sumber: Oh Bulan, Editor: Amira



Image result for iqram dinzly dan liana rosli

Image result for iqram dinzly dan liana rosli