Hasrat Mahu Makan Ikan Bakar Bertukar Tragedi, Kanak-kanak Dua Tahun Kritikal Kerana Disambar Api



SABAK BERNAM – Anak kecil berusia dua tahun menerima nasib malang apabila hampir keseluruhan badannya melecur kerana disambar api ketika keluarganya mahu membakar ikan untuk dijadikan lauk.

Kejadian yang memilukan itu berlaku ketika ibunya Noor Atikah Ishak, 25 tahun mahu menghidupkan api menggunakan minyak petrol di luar rumahnya di Parit 12, Sungai Nibong.

Wanita itu mencurahkan minyak petrol pada tempurung kelapa dan secara tiba-tiba api marak dengan begitu cepat menyebabkan wanita itu mengelak ketepi. 

Namun, sesuatu diluar jangkaan berlaku apabila api itu menyambar anaknya Noor Atifah Abi Suffian yang ketika itu berada di belakangnya.

Wanita itu berkata dia tidak menyedari sejak bila anaknya berada di belakangnnya kerana menyangkakan kanak-kanak itu berada di dalam rumah.

Atikah berkata anaknya itu terus meraung kesakitan kerana api telah membakar keseluruhan badannya dan dia cuba menarik anak sulungnya itu namun tangan dan kakinya pula melecur kerana api semakin marak. Editor:Anna