Heboh Video Pelajar Dalam Keadaan Tidak Senonoh Dalam Pusat Karaoke




INDONESIA- Seorang pelajar yang didakwa melakukan aksi yang tidak senonoh di sebuah pusat karaoke di Tulungagung, Jawa Tengah, dengan tidak memakai baju ketika dia sedang menyanyi bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki nya pada hari Rabu lepas.

Video yang berdurasi 20 minit itu dikatakan telah tular di media sosial. Ketua Polis Tulungagung AKP Mustijat Priambodo,berkata pihak nya sudah berjaya memperoleh identiti perakam video tersebut dan lokasi sebenar pusat karaoke tersebut.

"Nama pelajar yang tidak berpakaian itu serta lokasi sudah pun kami perolehi. Sekarang kita fokus pada siapa penyebar rakaman tersebut," kata Mustijat.

Pihak polis masih belum dapat memastikan idenitit perakam dan penyebar rakaman sama ada orang yang sama atau orang yang berlainan.

Menurutnya,perakam mahupun penyebar video itu adalah seorang pelajar.Manakala seorang lagi yang sedang menyanyi bersama teman lelakinya tidak memaki baju. Pelajar ini boleh didakwa di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak.

"Kami masih fokus kepada Akta ITE terlebih dahulu, selebihnya masih dalam siasatan,"katanya.

Siasatan pihak polis mendapati penyebaran video ini berunsurkan pornografi yang didakwa dilakukan oleh pelajar sekolah menengah di Tulungagung, Jawa Timur.



Sementara itu, lelaki yang berdiri bersebelahan dengan nya turut menyanyi bersama-sama sambil memberikan wang dengan harga Rp 100 ribu setiap helai. Video itu juga menjadi tular di kalangan pelajar.

Menurut maklumat, video itu bukan kali pertama. Pelajar yang sama telah dirakamkan melakukan perkara yang sama di bilik karaoke dengan lelaki lain.Editor: Ila