Jumaat, 23 Februari 2018

Ibu Kandung Nekad Racun 3 Orang Anak Kandungnya,Gara-gara Suami Balik Ke Kampung


INDONESIA - Seorang ibu telah tergamak meracun 3 orang anak kandungnya selepas bertengkar dengan si suami di Bali,Indonesia.Anak-anaknya yang berusia 2,4 dan 6 tahun dilaporkan telah pun meninggal dunia sebaik saja diracun.

Kejadian itu berlaku selepas ibu kepada tiga orang anak ini naik angin selepas suaminya balik ke kampung halaman seorang diri.

Akibat tidak puas hati,wanita ini cuba meminum racun namun tiada apa-apa kesan yang terjadi kepadanya.

Saksi kejadian menyatakan bahawa ibu kepada tiga orang anak ini telah bertindak mengunci pintu bilik anak-anaknya yang masih berada didalam bilik tersebut dan memaksa ketiga-tiga orang anaknya untuk meminum racun tersebut.

Akibat terlampau risau wanita ini akan bertindak di luar jangkaan ,saksi kejadian  mengintai dari tingkap dan mendapati tiga orang anak buahnya itu terbaring kaku dengan mulut yang berbuih-buih.

Saksi menendang pintu bilik untuk menyelamatkan anak buahnya namun mereka sudah pun meninggal dunia,manakala ibu mereka meronta-ronta akibat daripada meminum racun tersebut.

Menurut laporan yang diterima, wanita itu menggunakan dua botol racun menghalau nyamuk kepada anak-anaknya. Pihak polis juga turut menjumpai sebilah pisau yang berlumuran darah di tempat kejadian.

Walau bagaimanapun,suami kepada tiga orang anak ini telah pun mengajak isterinya untuk turut serta balik ke kampung namun, suspek menolaknya.

Kes masih lagi didalam siasatan pihak polis.Editor: Ila Hakimi.