Isteri Pertama Suami Izreen Diceraikan


Pelakon Izreen Azminda pernah dihambat kontroversi apabila berkahwin bersama suami orang secara senyap, Ude Wahid yang bekerja sebagai seorang pemuzik. Dia dikecam teruk kerana berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama. Lebih mencetuskan kemarahan orang apabila rumah tangga Ude dan Intan berentakkan sejak mengahwini Izreen.

Sebentar tadi, Ude Wahid telah melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya Intan Liana di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada jam 2.30.

Izreen Azminda sebagai isteri kedua berkata tidak mahu memberi apa-apa komen kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan dan beliau juga menjelaskan tidak pernah mencampuri urusan pasangan itu.

“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua”

“Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya kepada Harian Metro. Editor:Anna