Sabtu, 24 Februari 2018

Kantoi Cabul Pelajar Sebanyak 20 Kali, Seorang Guru Agama Ditahan.


KALIMANTAN: Oleh kerana tidak tahan menjadi tempat pemuas nafsu, seorang remaja perempuan bertindak mendedahkan perlakuan jijik seorang guru agama di Kampung Rumpiang.

Pelajar terbabit yang baru sahaja berumur 14 tahun itu bertindak sedemikian kerana tidak sanggup disetubuhi oleh guru terbabit walaupun perbuatan terbabit telah berlanjutan selama 20 kali.

Dalam pada masa yang sama, mangsa juga turut menyatakan bahawa dia telah dipaksa oleh guru terbabit untuk melakukan perbuatan jijik itu.

Apa yang lebih mengejutkan adalah perlakuan sumbang itu juga turut dilakukan di sekitar kawasan sekolah termasuk surau sekolah terbabit.

Bagaimana pun, pelajar tersebut juga menyatakan bahawa jika dia mendedahkan perkara tersebut kepada umum dia akan segera dibunuh dan dipukul.

Namun, oleh kerana tidak tahan dia bertindak menceritakan kejadian itu kepada ibunya dan pihak polis berjaya menangkap guru terbabit yang dikatakan telah berusia 41 tahun.

Menurut pihak polis, suspek dikatakan telah mula mengajar di sekolah terbabit sejak dua tahun yang lalu di samping turut berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang berusia 10 dan 5 tahun. Sumber: E Berita, Editor: Iera