Khamis, 22 Februari 2018

"Kau Paksa Orang Untuk Cakap Kau Bagus Berlakon Dan Menyanyi, Masalahnya Bagus Ke?- Amyza Aznan



Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video rakamannya di Instagram sambil berjalan mengelilingi rumah meluahkan perasaan marah dan kecewa apabila ada segelintir masyarakat yang mengecam dan menghina terhadap bakat lakonannya sebagai watak adiwira dalam filem Badang arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen.

"Jangan sampai saya hilang sabar. Saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-lampau?

"Kalau tak suka tak payah follow, hargai bakat saya bukannya kecam saya.

"Yang tidak menonton lagi tapi mengutuk tu memang tak boleh nak buat apa sebab memang kategori kaki kecam," tulisnya di Instagram.

Pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin memuat naik status di facebook mengulas tentang tindakan Aliff Syukri melenting kerana lakonannya di kritik.

Katanya Aliff seharus menerima kritikan tersebut kerana ia adalah lumrah yang dilaluinya dalam industri seni walaupun sudah dua puluh tahun dalam industri itu.

"Abang yang dua puluh tahun orang kutuk drama pun telan saja dengan kritikan itu sebab tahu dengan kritikan itulah kita akan belajar dan perbaiki," ujarnya.

Kekayaan yang dimiliki usahawan itu tidak bermakna dia mampu membeli kata pujian dan sanjungan pihak lain.

Menerusi status Shahrulezad itu, pelakon Amyza Aznan memberi komen dengan menegur Aliff Syukri agar tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetiknya.

Amyza berkata, usahawan berkenaan tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi kerana tidak mempunyai bakat seni tersebut.

"Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon dan menyanyi, masalahnya bagus ke?

"Aku benci orang berduit kaya raya ni menggunakan platform seni untuk empayar bisnes dia orang. Ini tempat kami cari makan. Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung," tulisnya. Editor:Anna