Sabtu, 3 Februari 2018

Kejam! Pakcik Rogol Anak Sedara Bakal Di Hadapkan Ke Mahkamah Atas 564 Pertuduhan


KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang di gelar "Pakcik" oleh anak saudaranya telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Ampang atas 200 pertuduhan telah merogol anak saudara yang berusia 5 tahun.

Manakala 364 pertuduhan yang lain turut akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Seksyen,Mohamad Kamil Nizam.

Suspek juga akan didakwa di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap anak saudara nya.

Walau bagaimana pun suspek telah di bawa masuk ke mahkamah pada pukul 10.50 pagi. Suspek kelihatan agak tenang semasa pertuduhan dibacakan oleh pegawai mahkamah. Suspek juga tidak mengaku bersalah di atas semua pertuduhan yang telah dibacakan.

Hakim mahkamah telah membacakan sebanyak 40 pertuduhan terlebih dahulu di hadapan suspek dan perbicaraan telah di tangguhkan kepada pukul 2.30 petang.

Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu di sebuah flat di kawasan Ampang di antara 20 Januari dan Mei 2013.Editor: Ila