Sabtu, 3 Februari 2018

Kerana Ditinggalakan Kekasih, Gadis Hamil Mahu Bunuh Diri Di Pencawang Elektrik


Jawa Tengah – Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang menghadapi dengan masalah akan mengambil jalan yang singkat tanpa berfikir risiko yang akan dihadapai seperti seorang gadis yang mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan memanjat pencawang elektrik selepas kekasih tidak mahu bertanggungjawab atas kehamilannya.

Ahli pasukan penyelamat cuba untuk menenangkan gadis yang berada di atas pencawang elektrik yang terletak kira-kira 80 meter dari kompleks membeli belah di tempat itu.

Selepas dua jam usaha menyelamat dijalankan, akhirnya gadis yang berusia 19 tahun itu berjaya diturunkan.
Pasukan penyelamat cuba berkomunikasi dengan baik dan memujuk gadis itu, kemudian memanjat dengan berhati-hati untuk menurunkan gadis tersebut dari pencawang elektrik yang mempunyai voltan tinggi.
Ketua Polis Daerah, AKP Kusnadi berkata mereka meminta bantuan PLTU untuk menurunkan gadis hamil itu.
“Kami menyelaraskan loji janakuasa supaya ditutup kerana kami tidak berani naik jika elektrik masih ada,” katanya.
Pasukan penyelamat membawa gadis itu ke pusat rawatan dengan segera untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Gadis itu berkata dia terdesak melakukan perkara sedemikian selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya dalam keadaan dirinya yang hamil. Sumber:SuaraTV , Editor:Farhana