Rabu, 14 Februari 2018

Konstable Polis Raba Dan Memeras Ugut Pasangan Kekasih Di Tahan


Seorang Konstabel polis yaang berusia 29 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengenai dakwaan bahawa dia mencabul dan memeras ugut sepasang kekasih di Seri Iskandar.

Anggota polis tersebut bertugas di Balai Polis Parit itu telah ditahan sejuru satu laporan yang dibuat oleh pasangan kekasih tersebut. Suspek telah ditahan pada pukul 9 malam.

Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, berkata, pihak nya telah menerima laporan daripada psangan kekasih yang berusia 20 tahun didakwa telah diperas ugut oleh polis terbabit sebanyak RM700 selain turut mencabul pelajar wanita pasangan kekasih mudah ini.

Menurut laporan yang diterima,pasang kekasih berkenaan dipercayai berdua-duaan di dalam kereta dalam keadaan yang mencurigakan.

Hasil siasatan awal mendapati anggota polis terbabit dikatakan telah habis bertugas pada waktunya dan tidak memakai pakaian seragam telah melalui kawasan berkenaan dan telah bertindak memeriksa pasangan ini.

Disebabkan mereka melakukan kesalahan kerana berdua--duaan dalam keadaan yang meragukan anggota polis terbabit telah meminta mereka ke balai polis namun sebaliknya anggota polis ini membawa mereka ke suatu tempat bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Anggota polis tersebut telah meminta RM700 kepada pasangan ini bagi menyelesaikan masalah tersebut dan telah memberikan tempoh selama dua minggu bagi melunaskan pembanyaran.

Selain itu, anggota polis itu juga telah menghantar teman wanitanya pulang ke kampus dengan menaiki kereta peribadinya. Semasa didalam perjalanan menuju pulang wanita ini telah diraba dibahagian kemaluan.

Menurut laporan yang diterima, anaggota polis tersebut telah ditahan reman sehingga hari Khamis bagi membantu menyelesikan kes tersebut.

Kes masih lagi disiasat mengikut  Seksyen 354 dan 385 Kanun Keseksaan. Selain itu pihak polis turut merampas kereta Jenis Honda Civic milik anggota polis terbabit bagi membantu siasatan.Editor: Ila