Sabtu, 3 Februari 2018

Kronologi Murid Berang,Tumbuk Guru Hingga Maut


INDONESIA- Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu peristiwa kematian seorang guru Sekolah Menengah Ahmad Budi Cahyono di Torjun, Madura,Jawa Timur kerana dipukul oleh seorang pelajar lelaki yang didakwa berang kerana guru terbabit mencalit pewarna lukisan di pipi nya ketika pembelajaran dijalankan.

Peristiwa ini telah mengemparkan seluruh warga pendidik di Indonesia.Menurut laporan yang di ambil dari Portal Tribun Madura, kejadian ini dikatakan berlaku sewaktu mata pelajaran seni pada waktu terakhir pembelajaran.

Menurut maklumat yang diterima, pelajar tersebut tidak berminat untuk mendengar apa yang diajar oleh guru berkenaan. Selain itu dia juga selalu menganggu rakan sekelasnya yang sedang belajar dengan menconteng lukis pelajar yang lain.

Guru berkenaan yang cuba menegur perbuatan nya namun, suspek(pelajar) tidak langsung mengendahkan teguran guru tersebut ,bahkan lebih menjadi-jadi lagi perbuatannya itu.

Oleh kerana pelajar itu ingkar dengan teguran tersebut, mangsa bertindak menconteng suspek menggunakan pewarna/cat lukisan.

Di sinilah bermula nya pertelingkahan antara mereka berdua. Tindak kan mangsa telah menimbulkan rasa marah terhadap suspek dan kemudian nya memukul kepala gurunya itu beberapa kali termasuk menumbuk di bahagian leher dengan begitu kuat sekali.

Pergaduhan itu telah dileraikan oleh guru dan pelajar yang menyedari kejadian tersebut. Mangsa dan suspek kemudian nya telah di bawa ke bilik pengetua sekolah bagi tindakan lanjut.

Namun mangsa terlebih dahulu balik ke rumahnya dan menceritakan kejadian tersebut kepada isterinya yang sedang mengandung anak sulung.

Menurut isteri mangsa, suaminya itu mengadu sakit di bahagian leher serta mengalami pening kepala sebelum mangsa dilaporkan pengsan.

Mangsa telah dikejar kan ke hospital di Surabaya, tetapi mangsa telah di sahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam akibat dari tumbukan kuat di bahagian lehernya yang telah menyebabkan otaknya tidak berfungsi.

Hasil siasatan daripada pihak polis, suspek merupakan seorang pelajar yang bermasalah dan mahir dalam silat.

Suspek merupakan seorang ahli dalam sukan bela diri sejak di bangku sekolah lagi sehingga sekarang masih lagi menuntut ilmu dalam seni mempertahan kan diri.

Laporan menyatakan bahawa suspek sudah pun menyerahkan diri.

"Kes masih lagi di dalam siasatan pihak polis,"kata Ketua Polis Torjun, Budi Wardiman.Editor: Ila