Ahad, 25 Februari 2018

Lelaki Dibunuh Dengan Kejam Gara-Gara Pesakit Jiwa Mengganas


BALI: Niat baik seorang penganut agama Buddha untuk menolong seorang pesakit jiwa bertukar tragedi yang mengerikan apabila pesakit tersebut bertindak di luar jangkaan dan mula mengganas di Kampung Peguyangan Kangin.

Kejadian tersebut dianggarkan telah berlaku sekitar jam 1.50 tengahari pada dua hari yang lepas apabila pesakit jiwa terbabit mengganas dan turut bertindak kejam dengan membunuh serta turut membelah perut sehingga usus lelaki terbabit terkeluar.

Berdasarkan maklumat yang berjaya dikumpul oleh pihak berkuasa tempatan, pesakit terbabit dikatakan telah tersalah anggap di mana dia memikirkan bahawa mangsa mendekatinya kerana ingin mengubati dirinya yang sudah tidak waras itu.

Namun, suspek dikatakan tidak mahu dan mula bertindak ganas serta turut mengamuk dan dia masuk ke dapur rumah dan mengambil sebilah pisau lalu dia menikam mangsa di bahagian perut mangsa berulang kali.

Bagaimana pun, mangsa dikatakan dapat bertahan diri lagi dan masih lagi hidup dan apabila melihat keadaan mangsa sebegitu, suspek berasa bimbang lalu bertindak membelah perut mangsa sehingga ke bahagian dada sehingga ususnya terkeluar.

Pembunuhan itu bagaimana pun disedari oleh oleh awam apabila seorang saksi memberitahu bahawa dia ada terdengar jeritan mangsa lalu dia segera bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Sebaik sahaja panggilan diterima, pihak polis yang selamat tiba di tempat kejadian berjaya menahan suspek tanpa menghadapi sebarang masalah.

Suspek segera dibawa ke balai untuk tindakan lanjut dan mangsa juga segera di bawa ke hospital berhampiran untuk dibedah siasat. Sumber: Eberita, Editor: Iera