Sabtu, 24 Februari 2018

Lelaki Ditemui Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik


TUMPAT - Orang awam telah menemui seorang mayat lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai mati akibat terkena renjatan eletrik pada petang semalam di Kampung Nyior, Palekbang.

Mangsa ditemui dalam keadaan baju terbakar terbaring di dalam semak berhampiran tiang elektrik

Orang awam turut menemui sebatang playar bersama dompet berisi kad pengenalan mangsa.

Penemuan mayat tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud.

Punca kematian masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke hospital Tumpat untuk di bedah siasat.

Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi sendiri kerana kes masih dalam siasatan dan punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan. Editor:Anna