Sabtu, 3 Februari 2018

Padah Bermain Telefon Ketika Cas, Kanak-Kanak Hilang Penglihatan Dan Jari.


GUANGXI: Satu kejadian yang menyayat hati telah berlaku di mana seorang kanak-kanak lelaki telah menderita kerana mengalami kecederaan yang amat parah selepas telefon bimbit yang di gunanya meletup secara tiba-tiba.

Menurut laporan daripada Oriental Daily, bapa kepada mangsa yang dikenali sebagai Mong memberitahu bahawa dia telah meletakkan telefon bimbit tersebut di dalam biliknya semasa mengecas bateri telefon tersebut.

Namun, ketika anak lelakinya itu yang baru sahaja berusia 12 tahun masuk dan memegang telefon bimbit tersebut, tiba-tiba telefon itu meletup di tangan kanannya.

Menyedari kejadian itu, Mong bertindak dengan segera membawa anaknya itu ke hospital dan keadaan anaknya itu juga sangatlah kritikal.

Dalam pada masa yang sama, jari telunjuk kanannya juga telah putus sementara jari-jari lain telah patah serta bola mata kanannya juga rosak akibat letupan terbabit.

Doktor yang mengendalikan kes itu memberitahu bahawa ketika kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital, dia mendapati bahawa jari telunjuk kanan kanak-kanak terbabit telah tiada.

Bagaimana pun, tangan kanannya itu dipercayai berada dalam keadaan yang amat teruk dan tidak boleh melakukan sebarang pergerakan kerana jarinya yang lain turut tercedera.

Akibat jari yang terputus itu hancur berkeping-keping sehingga tiada sisa, doktor berusaha sedaya upaya melakukan pembedahan untuk menumpukan perhatian kepada jari yang tinggal sahaja.

Kini, tangan kanak-kanak tersebut semakin sembuh tetapi dia masih memerlukan penjagaan dan pembedahan lain untuk membersihkan luka dan membuang serpihan kaca daripada matanya

Ketika ditemu bual, ayahnya mendedahkan bahawa telefon bimbit yang meletup itu adalah buatan China dan diberikan dari seorang kenalannya.

Model telefon terbabit adalah VT-59 dan dipercayai ini adalah kejadian yang sangat mendukacitakan serta mereka tidak percaya bahawa letupan telefon bimbit tersebut hampir menempah maut. Sumber: Suara.tv, Editor: Amira

Korban

Korban

Tangan kanan korban

Korban
                           
Ponsel yang meledak