Jumaat, 23 Februari 2018

Padah Curi Kambing, Lelaki Ini Dibakar Hidup- Hidup


INDONESIA- Seorang lelaki dipercayai telah mati dibakar hidup-hidup bersama motorsikalnya oleh penduduk kampung kerana telah disyaki cuba mencuri kambing.

Kejadian itu dilaporkan telah berlaku di daerah Birm,mangsa yang dikenali sebagai Julkifli,20, telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan mangsa telah diseret ke satu kawasan yang luas.

Muhktar SH,Pegawai Daerah, memberitahu lelaki itu telah dibakar di kawasan padang bola di Kampung Tangga Baru.

"Mangsa telah ditangkap dan dibunuh kerana dia disyaki mencuri kambing penduduk kampung,"katanya.

Menurut laporan, mangsa berjaya diberkas bersama rakan subahatnya apabila salah seorang daripada penduduk setempat ternampak mangsa cuba untuk mencuri kambing penduduk kampung.

Sejurus kejadian itu, penduduk kampung berjaya mengejar mangsa bersama motorsikal ,namun malangnya rakan subahat mangsa  berjaya melarikan diri daripada ditangkap.

Kemudian, mangsa telah di seret ke arah padang lalu dibakar hidup-hidup oleh orang ramai bersama motorsikalnya.

Laporan menyatakan Julkifli meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan yang menyayat hati.

Kaharudin Thalib, pegawai penyiasat polis Bima,berkata, pihaknya masih lagi melakukan siasatan terhadap kes ini,namun masih belum membuat sebarang tangkapan.

Jenazah Julkifli telah diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.Editor: Ila Hakimi