Khamis, 22 Februari 2018

Pekerja Ladang Kelapa Sawit Maut Ditetak Dan Disula


BINTULU: Seorang lelaki yang merupakan pekerja ladang kelapa sawit telah disyaki dibunuh apabila sahabatnya terkejut ketika menemui mayat mangsa yang sedang terbaring dengan adanya kesan tetakan pada bahagian leher manakala terdapat juga kesan punggunya disula.

Mayat pekerja terbabit telah ditemui di sekitar ladang kelapa sawit di Sungai Maleh pada waktu pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Belaga, pihaknya telah menerima satu panggilan kecemasan mengenai kejadian itu dan bergegas ke tempat kejadian dan menempuh perjalanan kira-kira empat jam sebelum tiba di sana.

"Mangsa berusia 29 tahun yang juga seorang warga Indonesia itu, dikesan mati akibat kecederaan serius di bahagian leher dan punggungnya dipercayai dirodok dari arah belakang menggunakan senjata tajam."

"Pemeriksaan di lokasi menemui sebilah tombak dengan kesan darah kira-kira tiga meter dari mayat mangsa. Kita tidak menolak kemungkinan tombak itu digunakan dalam pembunuhan berkenaan."

Hasil daripada siasatan yang telah dijalankan, pihak polis telah berjaya menemukan sebilah parang tajam yang dipercayai menjadi milik mangsa hasil daripada kesan cap jari yang dimiliki.

"Ada kemungkinan mangsa menggunakan parang berkenaan untuk mempertahankan diri sejurus diserang individu tidak dikenali."

"Usaha sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti motif sebenar kejadian itu, termasuk individu yang menyerang mangsa," ujarnya

Bagaimanapun, mayat mangsa telah selamat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk menjalankan bedah siasat yang mendalam.

"Kejadian diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."

Dalam pada masa yang sama, pihak polis turut menasihati orang ramai agar tidak membuat kenyataan yang tidak sepatutnya berhubung kejadian ini kerana kes ini masih lagi berada di dalam siasatan. Sumber: Berita Harian, Editor: Iera