Rabu, 28 Februari 2018

Pelajar Tahfiz Ditahan Atas Dakwaan Mencabul


KOTA BHARU - Usman Shafie, 22 adalah seorang warga Myanmar yang merupakan seorang pelajar tahfiz di Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh telah ditahan atas dakwaan mencabul kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang juga merupakan pelajar tahfiz berkenaan pada bulan lalu.

Dakwaan mengatakan lelaki itu dituduh menyentuh secara seksual dengan mencium bibir dan menyentuh kemaluan mangsa pada jam 11 malam, 24 Januari lalu.

Ketika dakwaan dijalankan oleh Mahkamah Sesyen, pada hari ini tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahrudin.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebat.


Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kepada Usman yang tidak diwakili peguam dan tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan oleh mahkamah. Sumber:Berita Harian , Editor:Anna