Pelajar UIAM Mangsa Lemas Di Lata Hammer, Bentong Ditemui Mati


Penuntut undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak, Mohd Faizal Yusri yang dipercayai lemas di Air Terjun Lata Hammer Bentong semalam telah dijumpai mayatnya pada 10 pagi tadi.

Pasukan penyelamat telah menjumpai mayat mangsa kira-kira lima meter dari tempat kali terakhir dia dilihat.

Mayat mangsa ditemukan pada kedalaman 12 kaki selepas operasi mencari dan menyelamat di sambung pada pagi hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku mangsa sedang beriadah di air terjun berkenaan bersama rakan-rakannya lalu arus deras telah menghanyutkan pada 11.30 pagi semalam.

Operasi pencarian yang dijalankan semalam terpaksa dihentikan pada jam 6 petang kerana hujan dan bimbang berlaku kepala air di kawasan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata empat rakan mangsa hampir lemas namun sempat di selamatkan oleh orang awan yang berada di situ.

Pihak bomba telah menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk dihantar ke Hospital Bentong bagi tujuan bedah siasat. Editor:Anna