Rabu, 28 Februari 2018

Peniaga Online Culik Remaja Kerana Bengang Dikecam



KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang merupakan peniaga atas talian di media sosial telah bertindak untuk menculik seorang remaja perempuan yang mengecamnya di laman facebook.

Suspek yang bengang akan kecaman tersebut telah dibantu oleh enam rakannya untuk menculik mangsa bagi membalas dendam.

Suspek yang dikenali dengan nama ‘Ailin’ 26 tahun, bersama rakannya dikatakan menyerang mangsa ketika sedang melalui Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu pada jam kira-kira 12.30 malam.

Mangsa yang merupakan seorang remaja 19 tahun telah di larikan lebih 20 kilometer dari tempat dia di culik.

Ketika kejadian, mangsa sedang menaiki sebuah kereta bersama tiga rakannya telah ditahan dan mangsa telah ditarik keluar dari kereta tersebut.

Semasa berada di dalam kereta suspek, muka mangsa telah ditutup dengan kain serta kaki dan tangannya diikat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, kesemua suspek yang terlibat telah memukul mangsa dan meninggalkannya di tepi jalan di Kampung Teratak Batu, Marang.

Tujuh invidu yang terlibat berusia 18 hingga 26 tahun telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut seksyen 363 kanun keseksaan kerana melarikan orang. Sumber:Astro Awani , Editor:Anna