Rangka Mayat Wanita Bersama Wanita Tua Lumpih Ditemui


Rangka mayat seorang wanita tua ditemui di tempat yang sangat semak dan kotor di dalam sebuah rumah pangsapuri dan dipercayai mayat itu telah tersimpan selama 30 tahun dalam pangsapuri tersebut oleh anaknya di bandar Mykolaiv di Ukraine.

Ketika ditemui tubuh rangka mayat tersebut ditutupi dengan pakaian putih, kasut biru dan stoking hijau.

Polis telah memecah masuk ke dalam rumah tersebut apabila jiran-jiran membuat laporan mengenai wanita tua yang berumur 77 tahun yang tinggal bersendirian dan mengalami lumpuh.

Ketika polis memasuki rumah tersebut, terdapat seorang wanita tua yang lumpuh duduk di atas lantai dalam sebuah bilik dan dikelilingi dengan longgokan sampah serta sisa makanan yang telah busuk.




Wanita tua itu tidak dapat berjalan serta perlu dapatkan bantuan, lalu pihak polis memanggil ambulans untuk membantu wanita itu.

Setelah itu polis turut membuat pemeriksaan ke dalam bilik lain dan menemui rangka mayat milik seorang wanita.

Laporan mengatakan wanita tua tersebut tinggal bersendirian, tidak bersua muka dengan jiran dan tidak mahu membuka pintu rumah.

"Bagaimanapun, jiran-jiran masih menghulurkan bantuan dan meninggalkan makanan di luar pintu rumah.

"Tiada siapa yang menyedari bahawa selama ini wanita tua itu tinggal di rumah berkenaan bersama mayat ibunya," kata pihak polis

Ketika ini rangka mayat tersebut telah dibawa ke pakar forensik dan wanita yang lumpuh itu mendapatkan rawatan di hospital. Sumber:Mirror.co.uk , Editor:Anna