Selasa, 27 Februari 2018

Remaja Disahkan Hamil Sembilan Minggu Selepas Dirogol Sembilan Askar


KLUANG: Seorang remaja telah disahkan mengandung sembilan minggu selepas dia mengakui bahawa dia telah dirogol oleh sembilan orang anggota askar dalam satu kejadian yang berlaku di Johor.

Perkara ini dipercayai telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Johor iaitu Datuk Mohd Khalil Kader Mohd baru-baru ini apabila dia diminta untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Menurutnya lagi, suspek utama bagi kes rogol ini adalah salah seorang daripada kenalan mangsa manakala suspek yang lain adalah rakan kepada suspek utama yang turut terlibat di dalam kes ini.

Bagaimana pun, kesemua suspek telah berjaya ditangkap dan kesemuanya mereka sedang di reman sehingga 1 Mac.

“Polis Johor sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian Disember tahun lalu."

“Semua mereka berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan segera."

“Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa,” katanya ketika sidang media diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru.

Kes ini juga dipercayai akan disiasat dibawah seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan dan jika mereka itu disabitkan kesalahan mereka akan dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun.

Dalam pada masa yang sama, kebanyakan media telah melaporkan bahawa terdapat sembilan anggota tentera yang juga merupakan pelajar Kursus Artileri Kelas 2, siri 3/2017, di 33 Rejimen Altileri Diraja (RAD) Kluang telah ditangkap di Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdasarkan maklumat daripada polis.

Oleh kerana itu, penangkapan kesemua suspek dilakukan setelah mangsa bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada hari Rabu yang lalu. Sumber: E Berita, Editor: Iera