Remaja Ditemui Mati Kerana Menjadi Mangsa Penderaan Kekasih Ibu


AMERIKA SYARIKAT – Seorang remaja lelaki yang bernama Jeremiah, 13, menemui ajalnya dalam keadaan yang sangat menyayat hati, Santa Fe, New Mexico.

Remaja tersebut menjadi mangsa penyiksaan teman lelaki ibunya dihadapan mata ibunya sendiri

Remaja itu di liwat, dibakar dan dipukul hingga mati lalu mayatnya disembunyikan.

Pihak polis telah menemui mayat mangsa di dalam keadaan memakai lampin pakai buang dewasa di dalam peti penyimpanan barang beberapa kilometer dari rumahnya.

Suspek yang bernama Thomas Ferguson, 42 ditahan atas dakwaan membunuh dan beberapa tuduhan lain termasuk culik dan dera.

Ibu mangsa, Tracy Ann Pena, 35 dan anak lelaki Ferguson, Jordan Nunez, 19 turut ditahan kerana didakwa bersubahat atas kes yang menimpa Jeremiah.

Pena berkata dia dipaksa untuk membuang dan menyembunyikan mayat anaknya serta terpaksa mengunci mulut berkait kejadian itu kerana takutkan teman lelakinya.

Perkara itu terbongkar apabila Pena yang ketika itu ditahan atas tuduhan jenayah lain telah memberitahu banduan lain mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

Anak lelaki Ferguson turut memberitahu dirinya juga pernah menjadi mangsa dera ayahnya ketika kecil.

Sementara itu, kakak mangsa berkata Nunez dan Ferguson telah membersihkan mayat Jeremiah di dalam tab mandi namun, kesan darah milik mangsa ditemui dalam bilik tidur ibunya.

Dokumen mahkamah juga mendapati ibu mangsa disiasat oleh Jabatan Belia dan Keluarga Kanak-kanak New Mexico pada tahun 2011.


Jeremiah bersama kakaknya tinggal bersama datuk dan neneknya ketika itu namun kembali kepada ibunya.

Kakak mangsa juga berkata dia terpaksa berbohong kepada orang yang bertanya tentang adiknya dengan berkata remaja itu tinggal bersama keluarga lain. Sumber:Metro.co.uk ,  Editor:Anna


Thomas Ferguson yang didakwa mendera mangsa hingga mati (Gambar:Ap)

Ibu Jeremiah, Tracy Ann Pena telah didakwa terlibat dalam kes kematian anaknya (Gambar:AP)


Jeremiah Valencia dan ibunya, Tracy Pena