Ahad, 25 Februari 2018

Rogol Dan Simen Mayat Kekasih Di Dalam Bilik Mandi


INDONESIA: Seorang lelaki bertindak dengan kejam apabila dia telah membunuh kekasihnya sendiri yang bekerja sebagai pusat karaoke semalam di Jawa Tengah di sebuah kampung iaitu Kampung Puguh.

Lelaki berkenaan dikatakan bertindak sekejam itu apabila dia juga turut memperkosa wanita terbabit sehingga mati dan untuk menutup kesalahannya itu dia juga turut mencurahkan simen ke atas mayat mangsa dan menyimpannya di dalam tab mandi.

Menurut beberapa sumber, pihak polis dikatakan menerima maklumat itu setelah beberapa laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat.

Akibat daripada perkara itu, pihak polis segera menyiasat dan mencari bukti kehilangan gadis tersebut bermula daripada rumahnya sehinggalah ke rumah suspek.

Semasa siasatan dijalankan, pihak polis mendapati sesuatu yang mencurigakan apabila mereka melihat satu tompokan simen di dalam tab mandi lalu mereka mula membongkarnya untuk mengetahui perkara yang terselindung di sebaliknya.

Namun, penemuan mereka itu mulai kecoh dan mengejutkan apabila pihak polis berjaya menemui mayat mangsa dalam keadaan separuh bogel yang telah di simen.

Pihak polis menjawab dakwaan bahawa kemungkinan besar mayat mangsa itu telah dibunuh sejak seminggu yang lalu sebelum ianya di simen di dalam rumah suspek iaitu kekasihnya.

“Selama seminggu ini pihak keluarga mangsa itu juga cuba menguhubunginya namun gagal ,kami juga menerima laporan atas kehilangan mangsa “katanya. 

Berdasarkan keterangan daripada jiran kepada suspek,dia memberitahu bahawa dia ada melihat suspek membawa kekasihnya itu pada malam Jumaat yang lalu ke dalam rumah namun sejak malam itu dia langsung tidak melihat kelibat mangsa.

Bagaimana pun, sehingga kini pihak polis masih lagi mengembangkan siasatan bagi mengetahui motif sebenar di sebalik pembunuhan kejam terbabit, sementara mayat mangsa di bawa ke hospital Bhayangkara Semarang untuk di bedah siasat. Sumber: E Berita, Editor: Iera