Sabtu, 24 Februari 2018

Rumah Iqram Dinzly Di Masuki Pencuri


Iqram Dinzly adalah salah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air apabila dia sering sahaja mencetuskan kontroversi.

Namun, semalam satu kejadian telah menimpa dirinya apabila rumahnya telah dimasuki pencuri dan perkara itu disahkan oleh dirinya sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya.

Rompakan tersebut dikatakan berlaku di rumahnya di Damansara dan dalam rompakan terbabit dia telah kehilangan seutas jam tangan jenama Claudia Patriks yang bernilai RM 10 ribu ringgit, dua utas jam tangan berjenama Gshock dan Guess serta Iphone 6 dan juga komputer peninggalan arwah bapanya.

Iqram segera membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari perkara tersebut namun dia tetap bersyukur dan turut menganggap bahawa semua itu adalah ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah ke atas dirinya.

Perkongsian Iqram di laman sosial miliknya telah mendapat perhatian para peminatnya di mana mereka turut mendoakan supaya perompak terbabit segera ditangkap dan mendapat balasan yang setimpal.

Dalam pada masa yang sama, laman sosial Instagram miliknya iaitu '@prinxchiqydinzly' juga turut disekat sehingga menyebabkan dia terpaksa mewujudkan akaun Instagram yang baru yang diberi nama '@bawaabata.merebucks'. Sumber: E Berita, Editor: Iera