Jumaat, 2 Februari 2018

"Sebenarnya Saya Tahu Ini Angkara Siapa"- Fatin Afeefa


Pelakon jelita Fatin Nur Afifah Shamsudin atau nama terkenalnya Fatin Afeefa yang berusia 24 tahun. Pelakon kecil molek ini pernah membintangi filem Tentang Bulan pada suatu ketika dahulu dan telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati nya Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Namun bahtera yang dibina tidak dapat bertahan Fatin bercerai dengan talak satu pada 30 Mei yang lalu.

Pasangan ini telah di kurnia kan dua orang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia berusia dua tahun. Kini Fatin giat semula berlakon dalam drama bersiri Kekasih Paksa Rela yang memegang watak sebagai Zila.

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang kewujudan gambar seorang wanita yang sedang bercium dengan seorang lelaki di lama Instagram. Foto itu dikatakan miri sekali dengan wajah Fatin Afeefa .

Walau bagaimanapun ketika memberikan keterangan mengenai gambar tersebut Fatin berkata dia sangat terkejut dan tidak tahu menahu tentang gambar itu.

"Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram pulak tu.

Katanya dua minggu yang lalu di baru dimaklumkan tentang gambar tersebut yang didakwa mirip sekali dengan wajah nya namun itu bukan diri nya.

Menurutnya lagi, hujung bulan lalu dia mengalami masalah untuk memasuki laman Instagramnya dan boleh dibuka pada keesokan hari. Tetapi bila dibuka gambar tersebut tiada di dalam akaun nya.

Kejadian itu dikatakan berlaku semalam dan beberapa saat selepas di muat naik gambar tersebut telah pun dipadam. Namun ada sesetengah blog hiburan sempat menyimpan gambar berkenaan sebagai bukti.

Fatin tidak menolak sebarang andaian bahawa ada seseorang yang cuba untuk memfitnah dirinya.

"Saya rasa ada yang cuba nak jatuh kan saya dengan buat fitnah begini. Saya dah baca gosip tersebut dan kenyataan yang diberi seperti cuba merujuk kepada saya.

"Orang yang memuat naik gambar saya seperti tahu apa yang saya lakukan setiap hari bersama anak-anak.

"Sebenarnya saya sudah tahu ini angkara siapa.Tak mengapa saya boleh bersabar lagi,tetapi jika dia melampau saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,"tegasnya.

Pelakon ini juga telah dituduh mengambil dadah serta mengabaikan tanggung jawabnya kepada anak-anak.

Katanya "saya masih lagi waras tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk,lagi pun saya mempunyai dua orang anak yang perlu di besarkan.

Kini Fatin mula giat berlakon semula untuk menampung kehidupan nya sekeluarga.

"Saya terpaksa meninggal kan anak-anak di rumah mama ketika saya keluar untuk mencari rezeki.Namun setelah habis bekerja saya akan ambil mereka semula. Jangan fitnah saya bukan-bukan,"ujarnya lagi.Editor: Ila