Selasa, 27 Februari 2018

Sedih!!! Pengorbanan Ibu Ini Untuk Anaknya Tidak Diendahkan




Ibu bapa selalu inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Bahkan mereka sanggup mengorbankan diri mereka.

Seorang wanita tua di Singapura menjadi tular kerana pengorbanannya untuk anak perempuannya yang mengalami tekanan emosi setelah kematian suami.

Wanita tua itu berusia 70 tahun sering berada di kawasan hunian Bedok Reservoir Road HDB di mana tempat anaknya tinggal untuk menghantar makanan.

Namun, tiada siapa yang menduga ada kisah sedih di sebalik pengorbanan wanita tua itu.

Pada kebiasaannya wanita itu akan tiba di kediaman anaknya yang terletak di tingkat tujuh sekitar jam 4 petang dan akan pergi dari situ pada jam 6 petang.

Wanita itu menunggu di depan pintu rumah anaknya selama 2 jam hanya untuk memberi makanan kepada anaknya itu.

Penghuni di kawasan setempat berkata wanita itu sudah melakukan perkara itu selama tiga tahun.

Menurut seorang penghuni yang tidak mahu didedahkan namanya berkata anak perempuan tua itu merupakan seorang janda berusia 40 tahun.

Wanita itu mengalami tekanan emosi sejak kehilangan suami dan hanya mengurungkan diri di dalam rumah tanpa keluar.

Hati si ibu yang tidak sanggup melihat anaknya derita akan datang setiap hari untuk melawat sambil membawa makanan untuk anaknya.

Pada hari sabtu tanggal 24 Februari wanita itu dilihat membawa beberapa bungkusan dan berdiri di luar pintu rumah flat anaknya dan memanggil nama anak perempuannya itu beberapa kali namun tiada jawapan.

          

Apabila sudah berasa letih memanggil nama anaknya, wanita tua itu pergi dan duduk di kerusi batu yang terletak di tingkat paling bawah.

Pada jam 6 petang, wanita tua itu kembali ke pintu rumah anaknya untuk teruskan usaha memanggil anaknya itu.

Akhirnya pintu itu terbuka juga setelah 15 minit dan muncul seorang wanita yang merupakan anak wanita tua itu.


Wanita tua itu kelihatan lega sambil memberi senyuman pada anaknya lalu memberikan bungkusan makanan yang dibawanya.

Kisah yang menyedihkan berlaku kerana wanita tua itu tidak diajak masuk walaupun sudah menunggu berjam-jam.

Namun wanita tua itu lansung tidak berkecil hati dengan perbuatan anaknya malah menunggu di luar pintu rumah sambil melihat anaknya makan.

Setelah hampir 30 minit, anaknya sudah selesai makan dan wanita tua itu membawa pulang bekas kosong.


Wanita tua itu berkata dia menaiki bas dari Toa Payoh ke Bedok Reservoir Road setiap hari dan perjalanan itu memakan masa hampir 1 jam.

Itulah pengorbanan seorang ibu walaupun dirinya sudah tua dan tidak bermaya namun tidak sanggup membiarkan anaknya itu kelaparan. Sumber:Tribunnews.com , Editor: Anna