Jumaat, 2 Februari 2018

"Tuhan saya Allah dan Dia ada di mana-mana"- Johan


Pasangan sejoli ini Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih mesra dikenali sebagai Johan merupakan seorang pelawak, pengacara dan penyampai radio Era Fm. Beliau mempunyai darah kacukan Cina di sebelah ibu dan Melayu di sebelah bapanya. Pasangan nya pula Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn Wati bukan satu nama yang asing dalam bidang hiburan kita. 

Jika dilihat dari luaran nya Johan seorang yang lawak namun siapa tahu sebenarnya beliau seorang yang sangat memetingkan solat nya. Meskipun kita lihat pasangan ini selalu nya sibuk dengan kerjaya masing-masing namun mereka masih ada masa lagi untuk mendidik anak-anak dalam bab agama.

Keluarga ini sepatut nya dijadikan contoh yang baik kepada keluarga yang lain. Baru-baru ini kecoh di laman Instagram mengenai gambar Johan sedang solat di dalam rumahnya yang berhadapan dengan gambar seorang pemain bola iaitu Cristiano Ronaldo di ruang dinding tersebut.


Pelbagai tanggapan negatif yang diterima oleh pasangan ini. Namun mereka berdua tidak berdiam diri. Bagi mereka ini adalah lumrah bila seseorang itu memasuki  dunia hiburan. Segala apa yang kita lakukan sentiasa menjadi perhatian orang diluar sana. Pasangan ini ternyata sudah lali dengan pelbagai komen yang muncul.

Ada juga yang menyatakan bahawa Johan sedang menyembah Cristiano Ronaldo yang berada di hadapan nya. Meskipun bertubi-tubi komen yang mucul mereka tetap tenang menghadapinya.

Tidak kurang juga yang mempersoal kan tentang sejadah yang digunakan oleh Johan. Katanya "tak ada sejadah besar ke? Hairan juga ni".tulis salah seorang pengguna Instagram.





Ini kenyataan "pedas" yang telah di balas oleh pasangan ini yang mengkritik tentang solat nya. Balas nya "Tuhan saya Allah dan Dia ada di mana-mana dan Dia bukan sesiapa. Saya bukan orang kafir yang sembah berhala,pokok,patung,tiang lampu,dan RONALDO.. Dan saya solat di mana -mana dan pelbagai situasi melainkan toilet dan dapur...kenapa awak tak cakap saya sembah kucing?kan lagi dekat dengan sejadah saya..dan kalau saya sembah Ronaldo sorry saya tak perlukan sejadah...dan saya antara saya dan pencipta bukan dengan Ronaldo bukan dengan kucing dan bukan dengan kerusi tu dan bukan dengan awak......Ini antara kenyataan yang di balas oleh Johan kepada salah seorang pengguna di laman Instagram tersebut.

Walau bagaimana pun cara Johan mendidik keluarganya patut di puji dan di jadikan contoh buat kita semua.Editor: Ila